Berikut merupakan Terma dan Syarat The Moment Expert bagi memastikan perancangan majlis dapat dirancang dan dijalankan dengan sempurna.
TEMPAHAN :
Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa sekurang-kurangnya antara 1 hingga 4 bulan sebelum majlis dan tertakluk kepada kekosongan.
Tempahan adalah rasmi setelah deposit sebanyak 30% daripada jumlah tempahan diterima
Baki penuh pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 3 hari sebelum majlis berlangsung
Tarikh majlis yang telah ditempah tidak boleh ditukar melainkan tarikh yang diinginkan masih kekosongan
Untuk sebarang pembatalan, deposit tidak akan dikembalikan melainkan pembatalan tersebut antara 6 bulan sebelum majlis berlangsung.
PEMASANGAN PELAMIN
The Moment Expert akan membuat pemasangan Pelamin sama ada di Rumah, Dewan mahupun Hotel di waktu malam sebelum majlis pada keesokan harinya. Urusan kebenaran oleh pihak Dewan/ Hotel , hendaklah diselesaikan oleh pihak pelanggan sebelum tarikh pemasangan bagi mengelakkan kelewatan pemasangan pelamin.
FOTO
The Moment Expert berhak menggunakan gambar pelanggan untuk kegunaan perniagaan, pengikhlanan atau promosi yang berkaitan.
PEMULANGAN
Pelangan dikehendaki memulangkan barangan seperti busana, aksesori, dan lain-lain yang berkaitan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1-2 hari dari tarikh majlis. Ini kerana kami memerlukan masa untuk penghantaran ke dobi dan penggunaan barang tersebut pada majlis yang berikutnya.